| 1906 - Low Si Ji, seorang
nazir bercadang mengadakan persekolahan bagi orang Cina di Tanah Melayu. Encik
Loke Yew mendermakan RM30,000 untuk menyewa 3 buah rumah baru di Jalan Kampong Attap
sebagai sekolah yang kemudian dinamakan Sekolah Menengah Confucian. Pada masa
itu, Encik Lip Siau Yoon dilantik sebagai pengetua sekolah yang pertama.
1907 - 24 Mei, rupakan hari pertama persekolahan, hanya 73 orang pelajar
sahaja.
1913 - Mac, akibat pengaruh Revolusi 1911 di China, terdapat
percanggahan idea baru dan lama, demonstrasi pelajar berleluasa, Encik Lim
Shan Loo menjadi pengetua secara sukarela. Penukaran 5 orang pengetua dalam
masa 2 tahun dengan tempoh memegang jawatan yang begitu singkat telah
mengakibatkan jumlah pelajar merosot kepada 40 orang sahaja.
1917 - Sistem persekolahan bertukar kepada kelas Perdagangan dan
kelas malam perdagangan. Pada 21 November, Lembaga pengelola memutuskan untuk
membeli tanah di Petaling sebagai tapak sekolah. Encik Soong Mok Lim telah
bertungkus lumus mendapatkan derma untuk membina sekolah. Usaha pembinaan
sekolah siap pada tahun 1922.
1924 - Kelas perdagangan diberhentikan.
1930 - Membuka sekolah menengah.
1938 - Penubuhan kelas tadika, Sekolah Menengah pula menambahkan
kelas-kelas kemahiran. Pelajar-pelajar menengah atas berjaya menamatkan
pengajian mereka buat pertama kalinya.
1942 - Sekolah terpaksa ditutup akibat serangan Jepun. Bangunan
sekolah diduduki oleh tentera dan segala kemudahan dimusnahkan.
1945 - Tanah Melayu selepas perang, Lembaga Pengelola Sekolah
melantik Encik Lim Lian Geok sebagai pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Sekolah
bersama empat orang AJK bertanggungjawab memulihkan sekolah. Oleh sebab
bangunan sekolah masih digunakan oleh tentera India, pihak sekolah terpaksa
meminjam bangunan sekolah Pak Ping dan Davidson untuk meneruskan persekolahan
buat sementara. 21 Disember, sekolah rendah memulakan aktiviti pembelajaran.
1946 - 10 Januari, pelajar-pelajar kembali ke sekolah asal untuk
meneruskan pelajaran mereka. 11 Februari, kelas menengah rendah dipulihkan.
Kerja membangunkan sekolah dimulakan.
1947 - Kelas menengah atas dipulihkan. Usaha membuka semula sekolah
selesai. Bulan April, Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Sekolah dibubarkan.
Detik-detik Kegemilangan Hingga Perubahan Sistem Sekolah
1949 - Semasa berada di bawah pentadbiran pengetua Encik Yee, kelas
menengah dan rendah keseluruhannya terdapat 82 kelas, jumlah pelajar mencapai
angka 3800 orang dan tenaga akademik pula mencapai 120 orang pada tahun 1955.
Sekolah ini menjadi sekolah yang terbesar di negeri-negeri kawasan tengah.
Makmal sekolah dipulihkan, bangunan asal tidak dapat menampung pelajar-pelajar
sesi pagi dan sesi petang yang semakin bertambah. Usaha seterusnya ialah
meminjam bilik darjah daripada sekolah Jalan Davidson (1957), Sekolah Katolik
(1960), Sekolah Pak Ping (1961).
1957 - Selepas negara mencapai kemerdekaan, sekolah rendah menerima
perubahan. Pentadbiran antara sekolah rendah dan sekolah menengah dipisahkan.
Encik Yee menjadi pengetua Sekolah Menengah Confucian manakala En. Lim Chi
Tong menjadi gurubesar sekolah rendah. Sekolah menengah diadakan pada waktu
pagi manakala sekolah rendah diadakan pada waktu petang.
1962 - Pada 1 Mei, Lembaga Pengelola Sekolah Menengah Confucian
menerima cadangan Kementerian Pendidikan untuk mengubah system sekolah menjadi
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan. Ini dilakukan selaras dengan system
pendidikan kerajaan. Namun Sekolah Menengah Confucian (SUWA) diteruskan. Pada
tahun yang sama, kerajaan telah memberikan tanah yang berdekatan Jalan Sungai
Besi untuk dibina sekolah rendah. Pada bulan Disember, ahli Jawatankuasa bagi
pembinaan sekolah rendah ditubuhkan.
1963 - Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian dan Sekolah
Menengah Confucian (SUWA) dengan rasminya dipisahkan. Encik Yee meneruskan
perkhidmatannya di Sekolah Mengah Jenis Kebangsaan Confucian. Sebahagian besar
tenaga akademik meneruskan perkhidmatan mereka sehingga bersara. Sekolah
Menengah Jenis Kebangsaan Confucian tetap menjalankan aktiviti pembelajaran di
bangunan sekolah yang sama, manakala Sekolah Menengah Confucian (SUWA)
menggunakan bangunan kecil untuk belajar. Kerja-kerja pembinaan sekolah rendah
dimulakan pada bulan Februari. Sekolah Rendah Confucian siap dibina tahun
1964.
1964 - Encik Liang meletakkan jawatannya sebagai timbalan pengetua
Sekolah Menengah Confucian (SUWA).Pada bulan Disember pula, pengetua Sekolah
Jenis Kebangsaan Confucian Encik Yee bersara. Pembukaan rasmi sekolah rendah
diadakan pada akhir tahun.
1965 - Encik Chong Shi Yuan menjadi Pengerusi Lembaga Pengelola
Sekolah Jenis Kebangsaan Confucian.Encik Chang Chao Pang memangku jawatan
Sekolah Jenis Kebangsaan Confucian. Encik Yee See Heng menjadi Pengetua
Sekolah Menengah Confucian.
Sejarah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian Selepas Sistem
pendidikan Dirombak
1966 - Encik Chang meletakkan jawatan, Lembaga Pengelola telah
melantik Encik Siew Kam Cheong memangku jawatan pengetua.Namun demikian,
beliau telah menamatkan perkhidmatan beliau pada tahun 1967.
1968 - Encik Liew Kee Siat memangku jawatan pengetua.
1969 - Sukan sekolah buat pertama kali dilangsungkan.
1970 - 1 Mac, dengan rasminya, Encik Liew dilantik sebagai pengetua.
1971 - Jawatan pendidikan meluluskan permohonan Encik Siew menjadi
penolong kanan pada 1 Disember. Pada tahun yang sama, kelas perdagangan
diadakan, manakala kelas sains ditukarkan kepada sains tulen.
1972 - Sekolah Menengah Confucian (SUWA) berpindah ke bangunan baru.
Disebabkan bilangan pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian
semakin bertambah, 2 sesi persekolahan diadakan. Pada tahun yang sama,
perpustakaan sekolah dilengkapi alat penghawa dingin dengan kelulusan Lembaga
Pengelola.
1987 - Dalam 10 tahun kebelakangan ini, Sekolah Menengah Jenis
Kebangsaan Confucian berkembang pesat dari tahun ke tahun. Bilangan pelajar
mencecah kepada 2000 orang dan terdapat 48 kelas keseluruhannya. Sekolah inin
menjadi sekolah gred A.
1990 - 24 Januari, Kememterian Pendidikan meluluskan permohonan
Sekolah Menengah Confucian (SUWA) bagi membina bangunan baru dengan syarat
menyediakan 3 buah makmal, tandas, kantin dan 2 bilik serbaguna kepada Sekolah
Menengah Jenis Kebangsaan Confucian.
1991 - Pembukaan rasmi bilik komputer pada 25 Mei. Upacara
Penyerahan kunci bilik komputer oleh wakil Pengakap Sekolah Menengah Jenis
Kebangsaan confucian Encik Yun Feng Biao kepada Pengerusi Lembaga pengelola
Encik Chiu Tze Ming. Pada 22 jun, Persatuan Bekas Pelajar, Lembaga Pengelola
dan PIBG Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Cina) Confucian, Sekolah Menengah
Confucian(SUWA) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Confucian telah
mengadakan jamuan makan malam sempena Ulang Tahun Sekolah yang ke-85 di China
Assembly Hall. Pada 1 Disember, Penolong Kanan 1 Encik Lai Wei Kun bersara dan
diganti dengan Puan Tang Teng Yew pada 16 Disember.
1992 - Pada 13 Februari, Puan Yeoh Hooi Gim dilantik sebagai
Penolong Kanan (HEM) Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian. Datuk Tee
Hock Seng telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Menengah
Jenis Kebangsaan Confucian pada 3 Oktober.
1994 - Pada2 September, Pengetua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan
Confucian Encik Wong Fopo Wan bersara. Puan Tang Teng Yew Memangku jawatan
pengetua dari 3 September hingga 13 Februari 1995.
1995 - Encik Lim Joo Seng menggantikan tempat Mrs. Lau Wah Yong
sebagai Penyelia Petang pada 1 Januari. Puan Tan Yin Toon menjadi pengetua
dari 14 Februari hingga 19 April. Pada 20 April, Encik Chow Lee Hiong kembali
ke sekolah sebagai pengetua. Jun, pengerusi PIBG Encik Yap Choi Ming meninggal
dunia dan digantikan oleh Encik Chin Li. 1 Disember, Penolong Kanan 1 Puan
Tang Teng Yew bersara dan digantikan oleh Puan Yeoh Hooi Gim. Penolong Kanan
(HEM) telah disandang oleh Encik Khoo Boo Guan.
1996 - Dengan rasminya Encik Chua Chaw Ching dan Encik Thong Ngon
Hwa telah dilantik sebagai pengerusi PIBG dan naib pengerusi PIBG pada 5 Mei.
Julai, bangunan baru Sekolah Menengah Confucian (SUWA) digunakan secara rasmi.
Di bawah pimpinan Datuk Tee, Lembaga Pengelola, PIBG dan guru-guru serta
pelajar-pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian telah berjaya
mengutip derma sebanyak RM1,500,000 untuk mendirikan bangunan baru Sekolah
Menengah (SUWA). Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Confucian dapat menggunakan
tingkat bawah (LG2) dan kantin serta tandas dan 5 bilik kosong (LG3). 5 buah
darjah itu digunakan sebagai bengkel (2 bilik), perpustakaan (2 bilik) dan
bilik komputer (1 bilik). Semua murid akan menggunakan laluan kenderaan untuk
keluar masuk. Bilik guru dipindahkan ke perpustakaan lama yang berhawa dingin
manakala bilik komputer pula menjadi bilik Pusat Sumber. Segala bangunan baru
Sekolah Menengah Confucian (SUWA) siap dibina. Pameran sekolah sempena Hari
Terbuk diadakan pada 30 Jun. Hari Penyampaian Hadiah diadakan pada 15
November.
1997 - Januari, hari pertama persekolahan, terdapat 41 kelas dan
1539 orang pelajar.
1998 - 4 guru iaitu Penolong Kanan 1 Puan Yeoh Hooi Gim, Penolong
Kanan (HEM) Encik Khoo Boon Guan, Guru Kanan Cik Lor Yeok Chee dan Puan Lim
Lee Lan dinaikkan ke kategori DG2. Orkestra Muzik Tiong Hua ditubuhkan.
1999 - Kementerian Pendidikan meluluskan pemindahan sekolah tetapi
Lembaga Pengelola Sekolah perlu mencari tapak sekolah untuk pembinaan sendiri.
19 Mac, mengadakan Konsert Muzik buat pertama kali.Kelab Harmonika ditubuhkan.
16 Mei, Pengerusi PIBG Encik Chua Chaw Chin bersara. Encik Liew Sui Kong
dilantik sebagai Pengerusi PIBG dan Encik Chin Weng Lai sebagai Naib Pengerusi.
2000 - Cik Wong Chooi Ching dilantik sebagai penyelia petang.
Konsert Orkestra Cina pada 10hb Jun berjalan dangan lancar.
2001 - 10 Mac, Pengetua, Encik Chow Lee Hiong bersara. 12 Mac,
Penolong Kanan 1, Puan Yeoh Hooi Gim dinaikkan pangkat sebagai Pengetua
Sekolah. 16 April, Encik Law See Yok dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan
1. Puan Chew Chun Kang dilantik sebagai Ketua Bidang Bahasa. 23 Jun, Konsert
Malam ke-3 "Zhan Chi" berjaya dianjurkan. Kelab Wu Shu ditubuhkan pada bulan
September. 26 dan 27 Oktober, Karnival diadakan. Jumlah kutipan wang ialah
RM39,861.65. Wang kutipan ini digunakan untuk membeli komputer.
2002 - Kelas Komputer dimulakan pada bulan Mac untuk semua pelajar.
6 Julai, Konsert Malam diadakan. Persembahan dibuat oleh para pelajar dari
Pancaragam Muzik Tiong Hua, Kelab Harmonika, Koir dan Kelab Gitar. 25 Ogos,
Jogathon Sekolah diadakan di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur. Telah berjaya
mendapat kutipan RM76758.26. September, dapat bantuan modal daripada
Kementerian Pendidikan sebanyak RM80,000.00. 14hb Nov, En. George Foo see Wan
meletakkan jawatannya sebagai Naib Pengerusi Lembaga Pengelola. Disember,
kerja-kerja penyelenggaraan dan mengecat bangunan dilakukan, segala bumbung
dipembaharui, papan hitam bilik darjah digantikan dengan papan putih. Selain
dua sumber kewangan tersebut, Pengerusi Lembaga Pengelola juga menderma untuk
memelihara asas bangunan yang semakin mendak, dan berusaha memohon peruntukan
dari Jabatan Perdana Menteri.
2003 - Januari, bilik komputer dinaiktaraf lagi dengan 20 buah
komputer yang baru. 14hb Apr, Dato Lim Kim Wah dilantik sebagai Naib Pengerusi
Lembaga Pengelola. 13 Julai, sekali lagi Jogathon sekolah diadakan di Taman
Tasik Perdana Kuala Lumpur dengan tujuan menghawadinginkan bilik darjah.
Jumlah kutipan ialah RM127,1409.75. Septwmber, projek menghawadingin bermula.
12 Oktober, Penolong Kanan (HEM) Encik Khoo Boo Guan bersara. 12hb Okt, Ketua
Bidang Vokasional & Teknikal, Pn. Ong Mui Ling dilantik sebagai Penolong Kanan
(HEM). 16 Oktober, Penolong Kanan 1 Law See Yok bersara. 16hb Nov, Penyelia
Petang Sek. Men. Maxwell, Pn. Loh Guay Hiong mengambil alih jawatan Penolong
Kanan 1.
2004 - 5hb Jan, merupakan hari pertama persekolahan, semua bilik
darjah sekolah telah dipasangkan penghawa dingin. Feb, "lun yu" telah mula
diajarkan selama 5 minit pada waktu Bahasa Cina untuk Tingkatan 3, 4, & 5, dan
20 minit untuk Tingkatan Peralihan, 1, & 2, setiap minggu. 11hb Apr, Mesyuarat
Agong Tahunan PIBG diadakan, Pengerusi PIBG, En. Liew Sui Kong bersara dan En.
Ronnie Wu Kok Seng mengambil alih jawatannya sebagai Pengerusi PIBG. 17hb &
18hb Apr, Lembaga Pengelola menala semua guru dan kakitangan sekolah untuk
beridah di Genting Highlands selama 2 hari 1 malam. 31hb Jul, Konsert Malam
ke-5 "Long Teng Hu Yue" berjaya dianjurkan. Persembahan dibuat oleh para
pelajar dari Orkestra Muzik Tiong Hua, Kelab Harmonika, Kumpulan Koir, dan
Kelab Gitar.
2005
- 1hb Januari, Gunakan computer untuk memproses keputusan pelajar.
- 2hb Januari, En. Lim Joo Seong telah memegang jawatan sebgai penyelia
petan yang baru.
- 22 Mac, Bekas pelajar sekolah Dato Ong Tee Kiat melawat ke sekolah kita.
2006
- 26 Mac 2006, SMC telah mengelolakan merentas desa sempena ulangtahun
sekolah ke-100 di Taman Tasik Perdana. SM (Persendirian) turut membantu
untuk menjayakan aktiviti ini.
- 21 Mei 2006, waikil SMJK Confucian, SMK Confucian (Persendirian) dan
SRJK Confucian telah menziarahi makan malam mendiang Encik Loke Yew.
- 1 Julai 2006, jamuan makan malam ulangtahun ke-100 dan hari guru di
Hotal Grand Oympic. Majilis juga menyampaikan cenderamata kepada para guru
dah staff sokongan yang telah berkhidmat di SMJK Confucian melebihi 10 tahun
ke atas, AJK Lembaga Pengelola dan AJK PIBG 2005/2006.
- Pada 19 Ogos 2006 2 Petang, penasihat pengelola Encik Kok Kim Tong
merasmikan upcara perasmian Pameran Ulang Tahun ke-100 serta pengerakan SMS.
- 18 Ogos 2006 hingga 20 Ogos 2006, pameran ulangtahun ke-100 dan lawatan
bekas pelajar ke sekolah. Mulai bulan Ogos, seluruh sekolah mula menggunakan
Sistem Pengurusan Sekolah (School Management System - SMS). Inilah satu
intergrasi untuk program Majilis Pengetua Sekolah Menengah Malaysia.
|